Thursday, May 24, 2007

Sungai Kinabatangan

Mengalir sejauh 560 km dari Banjaran Crocker di bahagian barat daya Sabah ke Laut Sulu di bahagian timur, Sungai Kinabatangan terus kekal sebagai salah sebuah daripada ekosistem yang terkaya di dunia. Kawasan persekitaran sungai ini mengandungi lima habitat yang berbeza – dipterokarpa atau kering, tanah berair dan hutan batu kapur, dan paya air tawar dan air masin. Lembangan bawah sungai merupakan kawasan hutan yang diliputi oleh dataran banjir yang terbesar di Malaysia dan mempunyai tumpuan hidupan liar yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Selain daripada menjadi rumah kepada orang utan asli Borneo dan monyet probosis, persekitaran hutannya juga merupakan salah satu daripada dua tempat di dunia ini yang menempatkan 10 spesies mamalia di dalamnya. Kesemua lapan spesies burung enggang yang terdapat di Borneo turut menjadikan kawasan ini sebagai rumah mereka.

Perjalanan ke sebelah atas sungai ketika subuh atau senja merupakan peluang yang terbaik untuk menyaksikan hidupan liar. Anda mungkin berpeluang melihat sendiri gajah Asia atau badak Sumatera yang merayau-rayau di antara pepohonan. Lawatan secara pilihan juga boleh diaturkan untuk safari malam dan juga lawatan melihat buaya, burung dan haiwan nokturnal.

Kebanyakan syarikat pelancongan tempatan yang besar mengusahakan rumah tumpangan di kawasan Sukau dengan pakej yang melibatkan penginapan, pengangkutan, makanan dan lawatan berpandu. Pilihan lain ialah anda mungkin ingin menikmati program rumah tumpangan keluarga yang disediakan oleh penduduk kampung berhampiran yang memberikan peluang merasai sendiri kehidupan Orang Sungai. Sertailah aktiviti kebudayaan mereka atau mencuba aktiviti perladangan tempatan menggunakan tangan anda sendiri

Cara ke Sana

Perjalanan melalui darat dari Sandakan ke Sukau yang meliputi sejauh 135 km dan sejauh 42 km daripada perjalanan ini melalui jalan batu kerikil yang melintasi ladang kelapa sawit. Pemanduan sejauh 350 km dari Kota Kinabalu juga boleh dibuat akan tetapi pemanduan tersebut akan memakan masa sekurang-kurangnya enam jam. Khidmat pengangkutan boleh diaturkan dengan pihak pengendali pelancongan tempatan

Maklumat Tambahan

Semak di bawah Panduan senarai pengendali pelancongan tempatan yang beroperasi di kawasan ini.

No comments: