Thursday, May 24, 2007

Sungai Kinabatangan

Mengalir sejauh 560 km dari Banjaran Crocker di bahagian barat daya Sabah ke Laut Sulu di bahagian timur, Sungai Kinabatangan terus kekal sebagai salah sebuah daripada ekosistem yang terkaya di dunia. Kawasan persekitaran sungai ini mengandungi lima habitat yang berbeza – dipterokarpa atau kering, tanah berair dan hutan batu kapur, dan paya air tawar dan air masin. Lembangan bawah sungai merupakan kawasan hutan yang diliputi oleh dataran banjir yang terbesar di Malaysia dan mempunyai tumpuan hidupan liar yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Selain daripada menjadi rumah kepada orang utan asli Borneo dan monyet probosis, persekitaran hutannya juga merupakan salah satu daripada dua tempat di dunia ini yang menempatkan 10 spesies mamalia di dalamnya. Kesemua lapan spesies burung enggang yang terdapat di Borneo turut menjadikan kawasan ini sebagai rumah mereka.

Perjalanan ke sebelah atas sungai ketika subuh atau senja merupakan peluang yang terbaik untuk menyaksikan hidupan liar. Anda mungkin berpeluang melihat sendiri gajah Asia atau badak Sumatera yang merayau-rayau di antara pepohonan. Lawatan secara pilihan juga boleh diaturkan untuk safari malam dan juga lawatan melihat buaya, burung dan haiwan nokturnal.

Kebanyakan syarikat pelancongan tempatan yang besar mengusahakan rumah tumpangan di kawasan Sukau dengan pakej yang melibatkan penginapan, pengangkutan, makanan dan lawatan berpandu. Pilihan lain ialah anda mungkin ingin menikmati program rumah tumpangan keluarga yang disediakan oleh penduduk kampung berhampiran yang memberikan peluang merasai sendiri kehidupan Orang Sungai. Sertailah aktiviti kebudayaan mereka atau mencuba aktiviti perladangan tempatan menggunakan tangan anda sendiri

Cara ke Sana

Perjalanan melalui darat dari Sandakan ke Sukau yang meliputi sejauh 135 km dan sejauh 42 km daripada perjalanan ini melalui jalan batu kerikil yang melintasi ladang kelapa sawit. Pemanduan sejauh 350 km dari Kota Kinabalu juga boleh dibuat akan tetapi pemanduan tersebut akan memakan masa sekurang-kurangnya enam jam. Khidmat pengangkutan boleh diaturkan dengan pihak pengendali pelancongan tempatan

Maklumat Tambahan

Semak di bawah Panduan senarai pengendali pelancongan tempatan yang beroperasi di kawasan ini.

Sungai Klias

Tanah Lembap Klias, ialah Hutan Simpan Paya Bakau yang terletak di Semenanjung Klias. Dengan adanya monyet probosis yang unik di situ telah mengundang populariti yang sama banyak dengan orang utan di kalangan pelancong. Tanah Lembap Klias mempunyai populasi monyet probosis yang banyak dan semakin menjadi tumpuan untuk destinasi ekopelancongan yang terkini di Sabah.

Haiwan yang tinggal di pokok ini lazimnya keluar mencari makanan pada waktu petang, oleh sebab itu bot pelayaran persiaran meninggalkan jeti Kota Klias sekitar pukul 3.00 petang. Hidupan tepi sungai lain yang boleh ditemui ialah kera, buaya, biawak benggala, ular pokok dan burung helang. Kembali semula ke jeti, nikmatilah pertunjukan cahaya semula jadi apabila ribuan kunang-kunang membuat persembahan bercahaya untuk tontonan anda.

Cara ke Sana

Terletak 110 km di selatan Kota Kinabalu, Klias mengambil masa selama dua jam pemanduan dari Bandar raya Kota Kinabalu. Anda boleh mengaturkan lawatan anda dengan pengendali pelancongan tempatan.

Keterangan Lanjut

Semak pada direktori di bawah pengendali pelancongan yang beroperasi di kawasan tersebut. Anda digalakkan bersama-sama dengan pemandu pelancong yang berpengalaman untuk menjadikan pelayaran persiaran anda lebih menyeronokkan.

Batu Peringatan Starcevich

Prebet Thomas Leslie Starcevich tersenarai dalam Second Australian Imperial Force (AIF) pada April 1941. Pada Disember 1941, beliau telah menyertai Batalion ke-3 2/4, Briged ke-24, Divisyen ke-9 di Palestin.

Pada bulan April 1945, Divisyen ke-9 telah ke Borneo dalam penghujung bulan Perang Dunia Kedua. Di pekan Beaufort, unitnya telah bertempur dengan pihak musuh. Starcevich menunjukkan keberanian yang luar biasa. Meskipun beliau telah diserang dengan tembakan sebanyak dua kali, beliau telah mara ke hadapan dan terus menembak dengan brengan. Dengan tumpasnya pos mesingan pihak musuh itu, Kompeni ‘B’ yang disertai beliau telah berhasil meneruskan serangan.

Atas keberaniannya itu, Thomas L. Starcevich dianugerahkan pingat Victoria Cross pada 28 Ogos 1947. Beliau menerima anugerah ini di Australia Barat, tempat beliau menghabiskan sisa hidupnya dengan bertani. Beliau telah disemadikan di Esperance Public Lawn Cemetery, Australia Barat.

Selepas perang, jalan tempat peristiwa tersebut berlaku telah diberi nama Jalan Victoria Cross oleh penduduk tempatan dan Batu Peringatan telah didirikan di situ. Lokasi tempat tersebut berdekatan dengan Balai Polis Beaufort pada hari ini. Inskripsi yang terdapat pada batu tersebut mencatatkan ‘Pada Jun 1945, di atas bukit ini, dengan keberanian tanpa mengendahkan bahaya, Prebet L.T Starcevich daripada Batalion ke-3 2/4 A.I.F (Australian Imperial Forces), telah menumpaskan pihak Jepun’

Cara ke Sana

Pekan Beaufort sejauh satu jam setengah perjalanan dari Bandar raya Kota Kinabalu. Anda boleh menaiki bas, memandu sendiri atau menaiki kereta api berkuasa diesel yang memakan masa selama dua jam. Anda boleh menghubungi pengendali pelancongan tempatan. Sila semak dalam senarai direktori.

Melalui kereta api, anda boleh naik di Stesen Kereta api Tanjung Aru. Tambang yang dikenakan ialah RM4.80 sehala.

Jadual Perlepasan Isnin – Ahad 7.45 pagi Ahad 1.35 petang.
Kembali dari Beaufort Isnin – Ahad 9.55 pagi Ahad 10 pagi

Anda boleh menaiki bas mini dari Stesen Bas di hadapan Plaza Wawasan, Bandar raya Kota Kinabalu yang berlepas bermula pada awal pagi. Tambang sehala ialah RM5.00.

Perkhidmatan teksi boleh didapati di Stesen Teksi, Padang Merdeka.

Keterangan Lanjut

Jabatan Kereta api Sabah,
Beg Berkunci 2047,
88999 Kota Kinabalu Sabah

Ketua Stesen (Tg. Aru): +6088262536
Ketua Stesen (Beaufort): +6087211518
Tel. (Ibu Pejabat): +6088254611
Faks: +6088236395
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/railway

Daerah Beaufort


Banjir yang berlaku saban tahun di pekan ini menyebabkannya mendapat jolokan Venice Timur. Dikenali kerana rumah kedainya yang dibina di atas tanah merupakan salah satu bandar yang terbesar di sepanjang laluan kereta api dan juga hentian transit untuk penumpang-penumpang yang menghala ke Tenom. Di sini juga para penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Labuan akan melalui jalan raya untuk ke Menumbok dan seterusnya menaiki feri ke Labuan.

Beaufort mendapat namanya melalui Leicester P. Beaufort, seorang peguam dan pentadbir di Syarikat Berpiagam British pada penghujung tahun 1800. Beliau dikatakan tidak mempunyai sebarang pengalaman tentang hal ehwal di Timur dan juga dalam bidang pentadbiran akan tetapi telah dilantik sebagai Gabenor akhirnya.

Terletak kurang daripada 95 km daripada Bandar raya Kota Kinabalu, anda boleh memandu ke situ melalui lebuh raya Beaufort dalam jangka masa satu jam setengah atau menggunakan kereta api yang memakan masa dua jam. Buah oren hijau tempatan merupakan hasil keluaran berharga dari pekan ini selain daripada buah-buahan tempatan yang lain. Di sini jugalah para perakit yang menyertai acara rakit aliran deras memulakan perjalanan ke Stesen Panggi dengan menaiki kereta api untuk memulakan acara berakit mereka.

Kira-kira 45 minit pemanduan dari Beaufort anda akan sampai ke Pekan Kuala Penyu, tempat anda menyeberang ke Pulau Tiga, atau lebih dikenali sebagai Survivor Island (jolokan sempena program popular televisyen.)

Cara ke Sana
Melalui kereta api, bermula di Stesen Kereta api Tanjung Aru. Tambang yang dikenakan ialah RM4.80 sehala.

Jadual Perjalanan

Berlepas
Isnin – Ahad 7.45 pagi Ahad 1.35 petang.

Balik dari Beaufort
Isnin – Ahad 9.55 pagi Ahad 10.00 pagi

Anda juga boleh menaiki bas mini dari stesen bas di hadapan Plaza Wawasan, di Bandar raya Kota Kinabalu. Bas berlepas bermula pada awal pagi dan tambang yang dikenakan ialah RM5.00 secara sehala. Perkhidmatan teksi boleh didapati di Stesen Teksi di Padang Merdeka

Keterangan Lanjut

Jabatan Kereta api Sabah,
Beg Berkunci 2047,
88999 Kota Kinabalu Sabah

Ketua Stesen (Tg. Aru): +6088262536
Ketua Stesen (Beaufort): +6087211518
Tel. (Ibu Pejabat): +6088254611
Faks: +6088236395
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/railway

Kg. Sumangkap (Kilang Gong)

Selaras dengan konsep ‘satu kampung satu produk’ Kampung Sumangkap yang terletak kurang daripada satu kilo meter dari Kg. Gombizau (Kampung Madu Lebah) ialah tempat gong dihasilkan. Kampung tersebut sejauh 92 kilometer atau kira-kira dua jam pemanduan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Gong merupakan alat yang penting dalam semua perayaan etnik Sabah, sama ada yang bersifat kegirangan atau kesuraman, dan di sini gong-gong tersebut dihasilkan oleh lebih kurang 10 orang artisan yang akan menunjukkan kemahiran mereka. Gong yang telah siap akan diletakkan di dalam bingkai secara horizontal atau digantung secara vertikal. Saiznya yang pelbagai bermula daripada cenderamata yang amat kecil sehinggalah yang terbesar dan mencapai ukuran silang sepanjang dua meter, khusus untuk dijadikan perhiasan. Agak sukar untuk membuat pembelian secara segera dan bersesuaian dengan keperluan atau pembelian besar-besaran, oleh sebab itu tempahlah terlebih dahulu.

Yuran Kemasukan : RM3.00 setiap orang

Masa Dibuka
Setiap hari, termasuk Cuti Umum 8:00pagi sehingga 6.00petang, (rehat sebentar untuk makan tengah hari).

Cara Ke Sana

Anda boleh menggunakan kenderaan awam, memandu sendiri atau melalui pengendali pelancongan tempatan. Bas awam akan meninggalkan Padang Merdeka setiap awal pagi dan tambang yang dikenakan ialah sekitar RM18.00. Maklumkan pemandu bas akan destinasi anda.

Anda boleh menggunakan kemudahan kenderaan carter yang diletak berhadapan dengan Restoran India dan bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda yang membawa sehingga 8 orang penumpang dan tambang yang dikenakan ialah antara RM20.00 - RM25.00 setiap penumpang. Kereta salon yang membawa sehingga 4 orang penumpang dan mengenakan sewa sebanyak RM200.00 secara ulang-alik setiap kenderaan.

Keterangan Tambahan

Lawatan balik hari ada ditawarkan oleh pengendali pelancongan tempatan. Kadar bermula dari RM 250.00 termasuk lawatan ke Ladang Madu Lebah, Hujung Borneo, lawatan ke Rumah panjang Rungus, dan Kilang Gong dengan penyediaan makan tengah hari.

Tanjung Simpang Mengayau - The Tip of Borneo

Akhir-akhir ini dibangunkan untuk tujuan pelancongan, kawasan yang cukup dramatik ini menggambarkan penghujung barat laut tanah Borneo. Tanjung yang terletak di Semenanjung Kudat, kira-kira tiga jam setengah pemanduan atau sejauh 215 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Diterjemahkan sebagai ‘Simpang yang Berpanjangan’, Simpang Mengayau menjanjikan pemandangan memukau yang melepasi Laut China Selatan. Alam semula jadinya cukup mempesonakan dengan pecahan batuan pasir yang membentuk pusaran dan tetingkat. Anda juga dapat menyaksikan rumah api di Pulau Kalampunian. Di sebelah kiri anda dapat menyaksikan Pantai Kalampunian, iaitu pantai yang tercantik di Kudat. Kesemua tarikan ini memerlukan sedikit tenaga kerana anda kena berjalan untuk pergi ke pancang bendera raksasa dan Glob dan akhirnya ke batuan singkapan granit. Turut tersedia gerai-gerai yang menjual minuman, cenderamata dan juga kemudahan tandas yang terletak di kawasan meletak kereta

Kemasukan percuma.

Cara Ke Sana (dari Kota Kinabalu)

Anda boleh menaiki teksi, memandu sendiri atau menggunakan khidmat ejen pelancongan tempatan.

Pacuan empat roda dan kereta salon berpermit diletak berdekatan Restoran India bertentangan dengan Klinik Kesihatan di Kampung Air, Bandaraya KK. Kenderaan pacuan empat roda boleh membawa antara 7 – 8 orang penumpang pada kadar RM20.00 - RM25.00 seorang secara ulang-alik, sementara kereta salon boleh membawa 4 orang penumpang dengan tambang RM240.00 secara ulang-alik.

Hubungi pihak penyewaan kereta setempat untuk bertanyakan tambang yang dikenakan.


Maklumat Tambahan

Lawatan balik hari ditawarkan oleh pengendali pelancongan tempatan. Kadar yang dikenakan sekitar RM 250.00 termasuk lawatan ke Ladang Madu Lebah di Kg. Gombizau, Kilang Gong di Kg. Sumangkap, lawatan ke Rumah panjang Rungus dan Tip of Borneo dengan penyediaan makan tengah hari.

Tamu Mingguan Jalan Gaya

Pada asalnya Jalan Gaya dikenali sebagai Jalan Bond. Jalan Gaya terletak di dalam Pusat Perniagaan Daerah Kota Kinabalu yang telah menjadi pusat perniagaan selama lebih seratus tahun. Kedai beratap nipah mungkin telah pupus akan tetapi di sini keluarga peniaga generasi lama masih menjalankan perniagaan mereka, mewariskan perniagaan mereka daripada ayah kepada anaknya.

Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tempat ini menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan sendiri keratan lintang masyarakat tempatan apabila keseluruhan keluarga keluar berseronok mengisi hujung minggu mereka di sini.

Pesta Jalan Gaya diadakan pada setiap hari Ahad bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Cara ke Sana

Dengan berjalan kaki dari mana-mana di sekitar bandar raya atau menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar.

Bersiar-siar di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan beberapa bandar lain di Sabah telah dibom dengan teruknya oleh Pasukan Bersekutu yang memusnahkan segala-galanya. Selepas perang reda, pihak BNBCC mendapati bahawa kos untuk pembinaan semula sangat mahal, oleh sebab itu pada tahun 1946, Sabah telah menjadi koloni British sehingga tahun 1963, apabila Sabah memperoleh kemerdekaannya melalui Persekutuan Malaysia.

Pada 30 September 1967, Jesselton diberi nama Kota Kinabalu. Dua puluh tiga tahun kemudian, yakni pada 2 Februari, 2000 Kota Kinabalu diberikan taraf bandar raya. Selaku ibu negeri Sabah, KK yang memiliki penduduk sekitar 300,000 orang juga menjadi pintu keluar ke beberapa bandar utama dan daerah.

Di persekitaran bandar raya, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dilawati. Kebanyakannya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki, sementara selebihnya boleh dilawati dengan menaiki bas atau teksi.

Pengangkutan Tempatan

Pengangkutan Tempatan

Pengangkutan Darat
Perkhidmatan teksi boleh didapati di lapangan terbang menuju ke Bandaraya dan juga ke hotel-hotel utama.
Perjalanan darat menggunakan bas atau kenderaan persendirian boleh dilakukan untuk ke Kuching (Sarawak), Bandar Seri Begawan (Brunei) dan Kota Kinabalu.
Pasport akan dicap di setiap sepadan.

Pengangkutan Keretapi
Satu-satunya perkhidmatan keretapi di Sabah. Landasan keretapi ini bermula dari Stesen keretapi Tanjung Aru di Kota Kinabalu ke Beaufort dan Tenom. Perjalanan ke beaufort memakan masa selama 2 jam dan perjalanan ke Tenom memakan masa selama 5 jam. Perjalanan menggunakan relkar di sepanjang gaung sungai padas merupakan salah satu tarikan pelancong.

Pengangkutan Feri
Jadual Feri

Kota Kinabalu ke Labuan
  • 8.00am (Harian)
  • 1.30pm (Isnin - Khamis)
  • 3.00pm (Jumaat - Ahad)
Labuan ke Kota Kinabalu
  • 8.30am (Harian)
  • 10.30am (Jumaat - Ahad)
  • 1.00pm (Isnin - Khamis)
  • 3.00pm (Jumaat - Ahad)
Labuan ke Muara
  • 9.00 am
  • 12.00pm
  • 1.30pm
  • 3.00pm
  • 4.00pm
  • 4.30pm
Muara ke Labuan
  • 7.30am
  • 8.30am
  • 9.00am
  • 1.00pm
  • 3.30pm
  • 4.30pm

Tariff
Kota Kinabalu ke Labuan atau Labuan ke Kota Kinabalu (Sehala)
Kelas Pertama RM36.00 - Dewasa
RM23.00 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)
Kelas Ekonomi RM31.00 - Dewasa
RM18.00 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)
Yuran Terminal RM3.00 - Dewasa
RM1.50 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)
Labuan ke Muara RM30.00 - Dewasa
RM15.00 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)
Yuran Terminal RM0.50 - per pax
Muara ke Labuan B$15.00 - Dewasa
B$8.00 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)
Yuran Terminal B$1.00 - per pax
Tarif Istimewa untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Muara RM53.00 - Dewasa
RM33.00 - Kanak-Kanak (4 - 11 Tahun)

Panduan Perjalanan - Maklumat Penerbangan





Sabah mempunyai rangkaian penerbangan yang baik dengan bandaraya-bandaraya utama di rantau Asia Pasifik. Penerbangan terus dan transit boleh digunakan melalui Bangkok, Brunei, Hong Kong, Taipeh, Kaoshiung, Manila, Cebu, Seoul, Singapura dan Tokyo yang menawarkan akses yang mudah dan kerap. Sama ada anda memilih penerbangan carter atau menggunakan perkhidmatan system penerbangan utama, anda akan mendapati perancangan logistik adalah mudah.Setakat ini, terdapat 6 sistem penerbangan yang menawarkan penerbangan terus ke ibu negeri, Kota Kinabalu.


Air Asia – penerbangan dari

  • Lapanagan Terbang Clark (terletak berhampiran Manila), Filipina
  • Bangkok, Thailand

Asiana – penerbangan dari

  • Seoul – Korea Selatan

Dragonair – penerbangan dari

  • Hong Kong

Malaysia Airlines - penerbangan dari

  • Kuala Lumpur
  • Brunei
  • Guangzhou & Shanghai – Mainland China
  • Hong Kong – Greater China
  • Taipei, Gaoxiung - Taiwan Region, Greater China
  • Tokyo & Osaka – Jepun
  • Cebu & Manila – Filipina
  • Singapura
  • Seoul – Korea Selatan
  • Taipei & Kaohsiung – Taiwan
  • Penerbangan dari Australian melalui Kuala Lumpur

Silk Air - penerbangan dari

  • Singapura

Royal Brunei Airline - penerbangan dari

  • Brunei
  • Penerbangan dari Australia melalui Brunei